Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Sentul_Timur

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 2/48a. Di sebelah timur stesen adalah Pangsapuri Bandar Baru Sentul manakala di sebelah barat stesen adalah SK Convent Sentul 2. Juga terletak berhampiran stesen adalah Pangsapuri Mawar, kondominium SkyMeridien Sentul East, kondominium Rafflesia Sentul, kondominium The Fennel Sentul East, kuil Athi Eeswaran dan Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Selatan3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Sentul)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Sentul)
AG/SP Arah Utara3 Laluan Ampang dan 4 Laluan Sri Petaling berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras TanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat 55 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan T180 berkhidmat di stesen ini.